26.11.14

Keguguran di awal kehamilan

Assalamualaikum..

Tak tahulah kenapa sejak kahwin ni makin malas update blog. Padahal aku ni surirumah sepenuh masa dengan degree yang diperam dalam file. Dah hampir 4 bulan bergelar isteri kepada encik hubby. Alhamdulillah.

Okaylah ni aku nak cerita pasal pengalaman aku keguguran. Keguguran pertama untuk anak yang pertama. Actually baru semalam aku mengalami keguguran ni. Kandungan aku berusia 6 minggu sepatutnya. Memang sedih kalau diikutkan, tapi bukan rezeki aku dan hubby lagi..kenalah redha.

Ianya bermula macamni aku memang ada masalah selalu sakit perut sebelum ni. Kadang-kadang aku risau jugak kot ada ketumbuhan ke dalam perut ni, Yelah sekarang penyakit terlalu banyak kan berkaitan dengan perempuan ni. Contohnya cyst lah fibroid lah. So one day aku decide nak pergi cek dekat hospital, sebab dalam 2 3 minggu kebelakangan ni aku selalu rasa kram perut dan rasa senak dekat area bawah pusat. 

So pada 18/11/2014 which is last week aku pergilah hospital kerajaan memandangkan gerik ni pekan kecik aku tak sure ada tak O&G specialist. Aku cakaplah dekat doc yang perut selalu sakit dan bila bersama dengan husband aku rasa kurang selesa. Doc suggest nak cek dengan cara scan and seluk dekat bawah tu. Hah terkejut jugak memula dengar tu..yelah nak seluk-seluk kan.

Mula-mula dia masukkan alat macam muncung itik tu nama dia spekulum tak silap aku, pastu dia suluh nak tengok ada yang tak normal tak. Dia cakap okay je takde apa yang abnormal. Lepas tu kena seluk dengan doc guna dua jari still kata takde apa yang tak normal. Last dia scan perut je, Memula doc tu cakap semua normal, then dia panggil staff  nurse sorang sebab dia nampak sesuatu kat perut aku. Doc tu baru, so maybe dia tak sure. Lepas nurse tu tengok dia cakap "adik..awak ni mengandung ke?" aku laju je jawab "eh takdelah" punyalah yakin jawab kan sebab takde tanda-tanda mengandung yang ketara pun. Period pun belum delay.

Lepas dia duk godek-godek lagi scan kat perut dia pun cakap "eh betul ni dik awak mengandung ni..kalau ikut sini dah 5 minggu ni". Punyalah terkejut aku dengar. Tak sangkakan aku mengandung. Rasa nak menangis sebenarnya tapi kontrol. "Takpelah awak buat UPT lah lepas ni" nurse tu cakap, aku angguk je lah kan.

Aku pun buat lah test tu amik urine semua lepas dah dapat result, sedikit hampalah sebab resultnya negatif. Jumpa balik doktor dia cakap maybe hormon mengandung aku tak kuat lagi then suruh aku datang minggu hadapannya iaitu 25/11/2014 untuk buat test UPT lagi.

Tapi semalam iaitu 24/11/2014 tiba-tiba perut aku rasa senak semacam selang berapa minit rasa macam ada sesuatu menyentap-nyentap perut aku. Dalam pukul 11 pagi macam tu aku pergi toilet tengok ada darah dekat panties. Aku dah mula risau lah sebab apa kan. Mula-mula ingat period sebab aku tak yakin aku pregnant sebab hasil keputusan UPT aku negatif kan. Tapi memang sakit tak tertahan sampai aku berguling-guling atas katil. Dalam tengahari tu aku pergi mandi, memang tengok darah banyak keluar. Perut masih memulas-mulas. Elok je melangkah keluar dari bilik air, tiba-tiba pandangan gelap nasib sempat berpaut dekat dinding. Aku pun cuba jalan slow-slow terus baring atas katil memang rasa berpusing dunia. Perut tu pun makin sakit. Akhirnya aku try selawat syifa' beberapa kali sambil usap-usap perut sampailah tak sedar terlelap. Akhirnya encik hubby balik kerja dia kejutkan aku dah kurang sikit rasa sakit ni. Tapi sampai ke malam memang terasalah sakit lagi.

So harini iaitu 25/11/2014 aku pergi hospital kebetulan pulak memang harini hari yang aku ada appoinment untuk buat test UPT tu. So tanya dekat bahagian lab perlu ke aku buat UPT test memandangkan aku period, dia cakap buat je dulu lepas tu consult doktor balik. So tunggu punya tunggu memang resultnya negatif. Terasalah sedikit hampa kan. Then pergi jumpa doktor dia suggest scan semula. Mula-mula scan perut dia cakap tak berapa clear sebab pundi kecing dah kosong. Memang aku tak minum banyak air pun memandangkan perut asyik sakit je. Lepas tu dia scan guna TVS pulak, scan dari bawah je.

So nampaklah yang rahim aku dah kosong, kantung baby dah jatuh tapi still tak keluar lagi. Maksudnya aku dah keguguran. Sedih jugaklah masa doc bagitahu benda tu. Lepas tu dia cakap hormon HCG aku tak kuat sebab tu masa buat UPT tu dapat result negatif. Dan disebabkan  tu jugak aku takde menunjukkan alahan ke apa. Tapi alhamdulillah aku tak perlu cuci sebab dia dah jadi complete abortion. Semua saki baki dah jatuh cuma ada yang belum keluar habis.

So pada bakal-bakal ibu kat luar sana hargailah perasaan mual muntah loya bagai tu sebab tu tandanya anda normal, hormon mengandung anda tinggi.
.
.
.
Itulah cerita pengalaman keguguran diawal kehamilan aku yang terjadi semalam. Sedih tu memanglah sedih, sebab memang tak sabar nak baby. Asbeng pun dah mula mengharap kan, so nampaklah dia hampa jugak terima berita keguguran ni. Alhamdulillah dapat suami yang positif sebab dia banyak membantu aku dari segi fizikal dan mental.Mampu tenangkan aku agar sentiasa ingat Allah SWT kalau aku tak mampu kawal emosi.

Sampai harini pun terasa lagi sengal-sengal badan. Jadi kenalah berpantang 2 minggu. Hukhukhuk lama jugak tu. Walaupun keguguran diminggu yang keenam, still kena jaga sebab aku nak hamil cepat untuk yang berikutnya kalau diizinkan Allah SWT. Amin ;)


1 comment:

  1. Salam puan...mcm mana skrg dh mengandung ke???

    ReplyDelete