30.12.14

How to make your own gift?


Assalamualaikum..

Ada tak sesiapa yang tengah pening nak hadiahkan yang tersayang dengan hadiah apa. Takkan nak beli yang dekat pasaraya je kan, tiap tahun benda sama bosan jugak. Apa kata try hadiah yang custom made pulak. Boleh letak muka kau orang, anak, husband ataupun sesiapa saja yang kau orang nak. 

Nak tahu hadiah apa yang korang boleh pilih untuk buat custom? Haaa jom klik banner bawah ni, kalau dah register siap dapat 12% diskaun lagi untuk purchase kau orang punya hadiah. Tak ke best tu?




Selain tu kalau kau orang dah register, lepastu pasang pulak ads dia dekat kau orang punya blog..boleh jugak buat duit. Kan best sambil shopping sambil buat duit. Barulah bergaya kan cik kiah sekalian? So jemputlah tengok!



Jasad Penumpang #TakziahAirAsiaQZ8501


Assalamualaikum..

Antara video penemuan jasad penumpang dan serpihan pesawat AirAsia QZ8501. Mungkin agak kurang menyenangkan tapi sekadar berkongsi maklumat. 




Semoga semua jasad dapat dijumpai dengan cepat dan berada dalam keadaan yang baik. Dan semoga tidak berulang lagi kejadian-kajadian seperti ini.



Takziah Keluarga Penumpang #PesawatAirAsiaQZ8501


Assalamualaikum..

Belum reda dengan kesedihan yang menimpa mangsa banjir, kita dah dikejutkan pulak dengan berita kehilangan pesawat Air Asia yang dikatakan terhempas di Indonesia dua hari lepas. Allahuakbar.

Sekarang dah confirm ianya memang terhempas, tak tahulah macamana penerimaan keluarga mangsa dengan berita macam ni. Tak dapat aku nak bayangkan kalau kita ditempat mereka. Walaupun penumpang hampir keseluruhan bukanlah rakyat Malaysia, tapi penerbangan air asia membawa nama Malaysia.




 "Carian Kebangsaan dan Agensi Penyelamat Republik Indonesia berkata pihaknya menerima laporan bahawa Penerbangan Pesawat Airbus 320 Air Asia dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan pada 06:17 (Barat Indonesia Masa) 05:17 waktu Malaysia di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.

Difahamkan terdapat seramai 155 penumpang berada dalam pesawat AirAsia ini. Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus 320 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. Pesawat membawa 155 penumpang dan anak kapal itu (130 penumpang dewasa, 24 kanak-kanak dan seorang bayi) berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan."


Punca Pesawat AirAsia QZ 8501 Hilang 


Ketua Jeneral Perhubungan Udara Indonesia (PUI), Djoko Murjatmojo memberitahu pesawat AirAsia QZ8501 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura telah meminta 'penukaran jalur penerbangan' untuk mengelak awan sejurus sebelum ia hilang.

 “Ketika itu, pesawat yang terbang pada ketinggian 32,000 kaki melintasi Laut Jawa berhubung dengan pihak kawalan lalu lintas udara (ATC) untuk naik ke ketinggian 38,000 kaki."

“Pada jam 6.16 pagi, pesawat masih terlihat dalam radar namun pada 6.17 pagi, ia hilang dari pemantauan ATC. Bermula jam 6.18 pagi, yang kelihatan hanyalah jejak laluan penerbangan,” ujar Djoko dalam sebuah sidang media tergempar berkenaan kehilangan pesawat tersebut.

 Pihak ATC pada jam 7.08 pagi menunggu lagi sehingga 20 minit, kemudiannya untuk mengesahkan kehilangan pesawat berkenaan. 


Fakta Pesawat QZ 8501 AirAsia Yang Hilang:

Jenis pesawat: Airbus A320 Pendaftaran: PK - AX
Laluan: Surabaya-Singapura 
No Penerbangan: QZ 8501 
Jadual Penerbangan: 5.20 pagi - Berlepas (waktu tempatan), 8.30 pagi - Ketibaan (waktu tempatan) 
Komposisi Kru: 
Kapten: Iriyanto 
Pegawai Penerbangan: Remi Emmanuel Plesel 
4 Atendan: Wanti Setiawati Khairunisa Haidar Fauzi Oscar Desano Wismoyo Ari Prambudi Jurutera: Saiful Rakhmad 
Komposisi penumpang : 138 dewasa : 16 kanak-kanak : 1 bayi



Dan update terkini dikatakan penemuan 6 jasad mangsa di Selat Karimata, Kalimantan Tengah Indonesia. Semoga semua jasad mangsa dapat ditemui dan semoga mangsa yang beragama islam ditempatkan Allah bersama dengan orang-orang yang beriman. Al-fatihah~





Cameron Highlands everywhere (?)


Assalamualaikum..

Semenjak dua menjak ni musim hujan, cuaca sangat sejuk tak terkata. Duduk Gerik tiap hari cek suhu semasa, kalau malam sampai 21'C tahap sejuknya. Dengan berselimut tebal, sweater, dengan stokin lagi tapi still tidur sambil menggigil. Dah macam parkinson aku ni. Kalau siang pun paling panas boleh pergi sampai 28'C. Selalunya kekal 25-27 'C. Best memang bestlah sejuk, tapi kain jemuran aku lambat nak kering hoihh. Sobs T_T

Lepas ni bolehlah nak try tanam strawberry dekat belakang rumah ni agaknya. Hahaha. Memang dah buang tebiat la gamaknya nak tumbuh kan. Tak memasal orang tak pergi cameron dah, orang pergi gerik nak makan strawberry. Haa kan ke naya. 

Kalau mandi tu pulak mesti nak gigil tahap tak terkata. Padahal mandi tengahari..eh? Kantoi pulak punya bad habit. 

Tapi walau apa pun, aku bersyukur yang banjir di sekitar Malaysia kebanyakannya dah surut. Kampung halaman pun air sungai dah tak melimpah lagi. Alhamdulillah. Hujan pun dah berkurang cuma ada satu dua tempat yang masih hujan. 

Kepada yang rumahnya atau harta bendanya rosak teruk, atau yang kehilangan anggota keluarga disebabkan musibah banjir ni, takziah aku ucapkan. Semoga lebih tabah menghadapi ujian Allah ni. InshaaAllah setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Sebut-sebut cameron highlands, rindu pulak :')



27.12.14

Mentalitinya Melayu (?)



Assalamualaikum...


Pagi ni berada dirumah mertua di Kuala Kangsar. Waktu breakfast sempat jugak bersembang 2 3 cerita mengenai mangsa banjir dengan mak dan abah (keluarga mertua). Elok aku duduk je kat meja makan, abah mula cerita. Dekat kedai makan waktu beli breakfast orang Melayu Kita ni sibuk duk merungut itu ini.

Rungutkan apa? Rungutkan harta benda musnah ketika banjir. Memang kalau dengar cerita mereka siapa tak kesian, TAPI...jom fikirkan.

Rata-rata yang merungut ini adalah peniaga kedai makan atau kedai runcit dan juga kedai pakaian serta perhiasan. Tapi bukanlah semua, segelintir..namun majoritinya melayu. Mereka ini dikirakan golongan berkemampuanlah jugak. Yang perusahaan kecil-kecilan tu bolehlah nak diterima akal.

Banjir di Kuala Kangsar tidaklah seteruk di Kelantan, hanya segelintir tempat je yang terlibat. Mana yang terlibat tu pun bukannya air banjir tu naik dengan mendadak sampai tak sempat nak selamatkan harta benda, masih sempat nak selamatkan barang kalau mereka cepat bertindak.

Tapi golongan-golongan ni degil, amaran dah diberi..air dah sampai mencecah kaki lima kedai masih endah tak endah dengan amaran banjir.

Waktu tu kedai-kedai sederet yang bukan melayu dah kelam kabut mengangkut barangan kedai untuk berpindah. Yang melayu buat apa? Termenung dihadapan kedai. Bila ditanya kenapa tak pindah barang..jawab mereka tunggu bantuan sampai. Bantuan apa pakcik oi, dari siapa makcik oi?

Usahalah dulu selamatkan apa yang sempat, apa diharapkan bantuan orang. Mungkin bantuan tu lebih diperlukan ditempat lain, dari selamatkan barang baiklah selamatkan nyawa. Atau selamatkan mangsa-mangsa daif yang rumahnya sendiri ditenggelamkan air. Itukan lebih afdal sebab insan-insan tu hilang tempat berteduh.

So geng tokeh-tokeh kedai ni tunggu punya tunggu, bantuan tak tiba..kedai pun habis tenggelam. Tak ke sayang barang-barang. Siapa nak ganti? Takde siapa. Nak menyesal pun dah terlambat. Jadi apa nak dirungutkan lagi, dah memang salah sendiri.,

Itulah mentaliti melayu kita, selagi boleh harapkan bantuan..selagi tu taknak berusaha. Patutnya usaha dulu mana yang terdaya, jangan terlalu berharap orang akan selesaikan semua masalah kita. Selalu kena ingat, ada ramai  lagi kat luar sana yang  lebih tak berkemampuan berbanding kita, mereka-mereka itu yang perlu dibantu. 

Ini sekadar perkongsian pandangan aku insan kerdil lagi hina. Tak kira apa pun, hanya Allah SWT yang lebih mengetahui punca dan pengakhiran setiap sesuatu kejadian. Banyak-banyakkan berdoa. Kita pun digalakkan Usaha, Doa dan barulah Tawakal..kan? :)


Segmen Bloglist Januari 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.

Kredit untuk Kak Mialiana

25.12.14

Banjir lagi



Assalamualaikum..


Sekian lama baru ada internet dekat gerik ni. Barulah berpeluang nak update tentang banjir ni.Alhamdulillah masih terlindung dari bencana banjir, syukur ya Allah. Tapi jalan yang menghubungkan gerik-jeli pulang yang terputus. Kesian sesiapa yang terkandas tu.

Kampung halaman aku pun terkena tempias banjir teruk area Perak Tengah dan juga kampung mertua di Kuala Kangsar. Tapi dengar cerita dah makin surut di Kuala Kangsar. Esok baru berpeluang nak balik, moga laluan nak balik tu takde masalah.

Susah betul hati ni mengenangkan dekat pantai timur dah ada kes kematian. Jom ramai-ramai doakan agar bencana banjir ini berakhir segera. 

credit to dakwah design

Semoga Allah limpahkan rahmat dan kurinanya buat kita dan mintak dijauhkan kita dan keluarga tercinta daripada perkara-perkara yang tak diingini. Amin~

24.12.14

Wordless Wednesday #2 | Heartbeat Ads

Assalamualaikum..









Wordless Wednesday #1 | Solat Dhuha



Assalamualaikum,,






Doa Solat Dhuha 





Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun


Assalamualaikum..



Assalammualaikum..
Sempena dah hujung tahun ni rasa nak buat Segmen lak. Tujuan Segmen ini diadakan untuk kita semua saling berkenalan, memudahkan kita blogwalking dan sekaligus meningkatkan trafik blog dan menambahkan Follower di blog masing-masing. Jadi tunggu apa lagi, jom join beramai-ramai yer.

Syarat-Syarat Penyertaan

1- Follow Blog ini
2- Like Facebook Page Blog ini di Sidebar Jika Sudi.
3- Segmen ini akan tamat pada 30 Disember 2014.
4- Korang hanya copy coding dibawah dan paste kan di ruangan html di blog korang dan tinggalkan link entry korang di ruangan komen kat bawah ni.

tu jer simple kan.. Selamat Bersegmen dan Berblogwalking.

23.12.14

Perak dah mula banjir


Assalamualaikum..


Susahnya hati aku ni mengenangkan yang Perak pun dah ada certain area yang ditenggelami air. Moga semua ahli keluarga aku dan keluarga mertua aku dijauhkan dari segala musibah dan malapetaka. Tak lupa juga umat islam yang lain disekitar terutamanya dinegeri pantai timur dan utara.





Kuala kangsar pun dah mula dinaiki air. Paras air sungai masih lagi tinggi dan diparas bahaya. Kepada yang duduk dipinggir-pinggir sungai tu tolonglah berhati-hati, jaga anak-anak tu. Dengar khabar empangan cenderoh akan lepaskan air secara berperingkat. Allahuakbar!


21.12.14

Resepi: Sambal Hitam Pahang Terbaik



Assalamualaikum..

Siapa pernah makan sambal hitam pahang ni? Dulu aku mula-mula dengar, aku ingat sambal hitam tu masakan daging ke apa. Rupanya sambal tumis ikan bilis version hitam rupanya. Tengok dari rupa, memang kurang cantik tertarik, tapi rasa dia..kau memang da boom lah.



Okay jom tengok resepi camana nak buat sambal hitam pahang ni dan apa mandatory ingredients dia kan?

Bahan-bahan yang diperlukan;

1) Belimbing buluh dalam setengah kilo (ikutlah nak guna yang kuning atau yang hijau, lebih kurang je)
Alhamdulillah pokok tepi rumah ni lebat buahnya :)

2) 1/2 cawan cili padi (ikutlah tahap pedas yang kau orang nak)
3) 2 cawan ikan bilis yang telah dibersihkan
4) 6 ulas bawang merah (separuh tumbuk, separuh lagi hiris)
5) Kicap manis sedikit (atau secukup rasa)
6) Garam (secukup rasa)
7) Gula (secukup rasa)
8) Minyak masak untuk menumis


Cara-cara nak masak;

1) Bersihkan belimbing buluh tersebut dan rebus tanpa air. Sebab nanti dia akan keluar jusnya sendiri. Rebus sampai bertukar warna hitam. Aku rebus 3 jam lebih jugaklah. Kalau nak cepat, tutup periuk tu sekejap bagi wap dia keluar so cepat sikit lembut. Seelok-eloknya gunalah periuk lama, sebab jus dia yang dah kering susah nak sental.

.
2) Tumbuk ikan bilis, bawang merah, cili padi dan belimbing yang siap direbus. Tumbuk agak kasar jangan terlalu halus atau hancur.

3) Panaskan minyak dalam kuali. Agak-agak dah panas masukkan semua yang kau tumbuk tadi tu. Tumis sehingga agak garing lepastu tambahkan kicap gula dan garam sesedap rasa, ikut selera kau orang lah kan. Aku suka sambal ni agak garing sikit.




Dan hasilnya....


TADAAAA!!!!

Okaylah selamat mencuba ye. Nak beli pun dekat perak ni memang susah nak jumpa benda ni. Harga pun boleh tahan mahal. Masa belajar dekat kuantan dulu, selalu member aku beli dalam bekas dadih tu (3/4 penuh) pun dah harga RM10. So bayangkanlah berapa sudu je lah dalam tu kan.


Mini Giveaway by Hanis Masturina

Assalamualaikum..


Hanis Masturina



Jom join mini give away ni ye. Mana tahu kot rezeki kau orang. Kalau nak tengok syarat penyertaan dan hadiah yang ditawarkan, jemput klik banner ye. 


***Good Luck!***




First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking


Hi Blogger ,
Jom join "First Segmen: #TeamFollowBack & Blogwalking" by http://life-of-lyene.blogspot.com/ . Tujuan segmen ni untuk tambah kawan dan tingkatkan pengunjur blog .. 
** Klik BANNER untuk join sekali :) .


Tarikh tamat segmen 21 January 2015 .


***All the best!***



Char kuey teow Sungai Dua

Assalamualaikum..


Sedap gak makan kat situ tadi. Tapi portion kecik sangat means sikit. Hua hua hua. Aku dah lah kuat melantak. Nak je order lagi satu, tapi yang first tu macam lambat nak sampai so tak jadi. Karang sampai berjambang wak doyok pulak nak menunggu. 


Pastu meja semua penuh dengan orang. Sebok tau abang meja sebelah tengok aku keluar phone ambik gambar. Siap perli lagi, "nak letak instagram le tuu". Terus ambik gambar laju-laju, pastu jeling abang tu atas bawah.  "Halloo jangan menyebuk boleh tak abang buncit?" Jawab aku...dalam hati. Sebab memikirkan betapa kedepannya perut abang tu. Wakaka oppss. 


Makan pun over..haih -_-'

Sebenarnya..balik dari cousin kahwin dekat balik pulau, tapi gambar pengantinnya nan hado. Malas nak ambik. Aaaa dah 12.30??? Kena tidur dah ni. Asbeng bising. Sobs.



Safety or risky? U choose :)

Assalamualaikum.





Kita yang tentukan dimana kita mahu berdiri dan bagaimana kita mahu dipandang. Kalau taknak terlibat dengar perkara tak baik, hentikan menjemput 'mereka'. Anda mampu mengubahnya..ehh salah iklan :p

"Setiap perintah Allah pasti ada penjelasannya dan sudah tentu banyak hikmahnya."



19.12.14

Perut cramp. Ohh why lah kan?

Assalamualaikum..


Lately perut ni apsal tah sikit-sikit cramp, rasa menyucuk belah kiri pastu belah kanan pulak. Tanda nak period ke pun. Ke tanda lain? Haaa verangan lagi. Not even a month pun lagi kehilangan. Tak sabarnya nak tunggu masa tu sampai.


Uihh slimnya perut..nak perut slim jugak T_T

Kot Allah ambik satu tapi nak ganti dengan dua ke kan. Memang tak cukup tapak tangan, tudung saji aku tadahkan. Hehe.  Tapi memang teringin nak twins. Ahh tak kesahlah janji dikurniakan zuriat sihat, yang soleh dan solehah pun dah bersyukur sangat-sangat. 

Perangai pun tak matang lagi, how come lah nak jadi Ibu kan. Sobs. Takpelah Allah knows better. Usaha sudah, doa sudah now kena tawakal je. :)



Kucing digantung? Perbuatan kejam syaitan bertopengkan manusia!


Terkejut tengok berita pasal manusia syaitonn yang gantung kucing semata-semata nak ugut orang. Kurang ajar betul orang yang duk gantung kucing tu. Kalaulah ikutkan hati nak je aku gantung orang yang bodoh tak berakal macam tu. Kalau ye marahkan tuan rumah tu, apehal weh kucing tu yang kau gantung?

Photo credited to http://www.theborneopost.com/
Kesian kucing tu. Nanti kat akhirat tanggunglah siksanya wahai manusia tak berhati perut. Nak tahu lanjut kenapa meh baca SINI!




I love u mak

Assalamualaikum..


Tua dah mak aku ni. Yelah anak yang bongsu yang comot ni pun dah tua bangka dah kan. Entah esok lusa nak jadi mak orang. Takkanlah mak nak muda selamanya. Hehe.

"mak bukan selamanya nak tongkat dunia ni.."

Itu ayat feberet mak tiap kali membebel dekat aku. Sebabnya aku tak pandai masak, tak pandai mengemas dan tak pandai serba serbi.Sambil kemas bilik aku dia mesti cakap..


"macamana nak kahwin ni ema, kemas bilik pun mak yang kemaskan"

"ala mak..sapa cakap nak kahwin lagi, nak duduk dengan mak sampai bila-bila.."


Tu yang last keluar ayat tongkat dunia tu. Aku mesti balas dengan ketawa je. Bukan tak pandai kemas, cuma aku suka bermanja. Bermanja yang tak tahu sampai bila. Sejak arwah abah pergi Julai 2012, memang akulah tempat mengadu mak. Akulah peneman tidur mak.

Perkara paling aku suka, bila mak dah tidur aku akan perhatikan mak yang tengah tidur. Tengok rambutnya yang dah makin memutih, kulitnya makin mengendur dan badannya yang tidak sepejal dulu..semakin kurus dan kecik. Ini yang kadang-kadang tak sedar pun air mata dah meleleh sebab aku terfikir...

-ini bukan lagi mak aku yang garang, yang akan mengejar aku dengan hanger bila aku degil


-bukan lagi mak yang akan marah aku macam singa lapar bila aku lambat balik sekolah petang


Tapi mak yang ni dah terlalu penat dengan soal menguruskan anak-anak. Mak yang hanya mahu berehat dan melayan kerenah cucu-cucu nakal. Mak yang ni jugak sekarang terlalu manja dengan anak-anak, nak selalu anak-anak bagi perhatian. 

Kesian mak, semenjak aku kahwin dah takde siapa nak teman dia tidur lagi. Tapi walau apapun aku tetap sayangkan mak aku dunia akhirat. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik pada mak. Dan semoga Allah makbulkan setiap doa dan apa yang dihajatinya. Amin~



Rindu zaman belajar dan kawan kawan



Assalamualaikum..

Tadi duk belek-belek isi external hard-disk aku ni, jumpa gambar zaman belajar. Rindu pulak dengan kawan-kawan. Memang waktu tu tak semuanya indah, tak semuanya manis dan tak semua orang tu ikhlas dalam berkawan dengan kita.

TAPI..aku tetap nak berterima kasih pada kawan-kawan aku semua ni. Yang masih kawan atau dah menjadi lawan. Sebab dari setiap perkara pahit atau manis yang kita tempuh, ianya membuatkan aku tahu erti bersyukur dan menghargai. Aku harap one day kita semua dapat bermaaf-maafan dan menjadi lebih baik dari kita yang dulu. Amin~

Jomlah tengok gambar perempuan comot dan rentung ni. Demi mengejar cita-cita nak menjadi seorang engineer, kulit rentung dan garing terpaksa ku relakan. Ececeh padahal hitam semulajadi taknak ngaku.



Ni dah 4th year. Kemaruk diet sebab nak bertunang. Haha.

Ni BFF yang paling aku sayang. Erkk abaikan meja. Gelojoh betul
jumpa kenny rogers.

Belasah sushi dekat ECM, tah apa nak kedai ni aku lupa.Eh kau
apahal dude pegang kepala aku?


Mata selagi boleh nak panda. Bukan kuat study, tapi kuat layan
movie korea yang ye nya.

Ada event dekat KLCC

Kursus CIDB. jenuh kau jah kena panjat memanjat. Kalau jatuh
tak kawen dah den sekarang ni >.<

Muka cover gayat. Sebab first women yang berani naik atas tu.

Masa praktikal. Bukan mudah nak mengejar cita-cita ni. Rentung terbakar. Btw ni
dah lah bulan puasa, dahaganya tuhan je yang tahu

Panjat water tank pulak dah. Setinggi bangunan double storey.
gayattt

Gayat-gayat pun kena control cun. Pahamm (?) Heeee~

Mohon mual ramai-ramai ye tengok gambar banyak-banyak ni. One day ni lah diary yang anak-anak aku nak baca tentang kesengalan ibu dia orang ni. 


Aku memang jenis perempuan yang tak pernah ada diary. Cuma aku ada buku contengan. Emosi aku atau apa saja yang aku rasa dalam life aku, aku suka tafsirkan dengan lukisan. Takdelah lukisan potret ke apa, kadang bentuk kotak pun ada. Itu maksudnya aku rasa lemas dan rimas dengan persekitaran atau orangnya. Kalau orang yang pandai tafsir, fahamlah kot.



Nasi Kandaq Line Clear Penang mari!

Assalamualaikum..

Dimasa dan ketika sedang memikirkan tajuk je, belum start type pun lagi perut dah kemain berkeroncong. Teringat nasi kandaq line clear super sedap aku pergi dengan asbeng haritu. Maybe ramai yang dah tahu, cuma aku je baru first time pergi. Sebab dan musababnya, asal ke Penang je mesti makan dekat queensbay -_-' Asbeng aku lah tu nak makan tempat sejuk je pastu leh layan movie.

Ada jugak makan dekat padang kota, tapi tak simpan gambar. Btw sana mahal dan ada few kedai je yang makanan dia sedap. Yang lain kira nak cekik darah pelanggan je. Lepas tu ada 2 3 kedai nasi kandaq lain.

Tapi yang ni masa pergi Penang last two weeks. Macam biasa disebabkan minggu ni terlebih aktif update blog, maka minggu ni lah akan ditempel segala macam bahana yang terperap dalam phone. Mohon bertabah ye.

Oi baju kodut-kodut oi! Ni kat mahkamah majistret Jawi, Penang.

Muka terpaksa rela sebab tak sabar nak menyuap



Ni bahagian belakang kedai, Baru nak tayang gigi kapak pas selamat
bedal nasi sepinggan :B
Masa mula-mula sampai asbeng bawak ikut jalan belakang ni. Memang terkojut la sekejap kan nengokkan keadaan macam nak menuju ke lorong-lorong gelap. Nampak macam laluan yang berliku pun ye jugak,

"eh abg..nak bawak orang pergi mana ni?"

"ala..ikut je lah, ada benda best nihhh"

"biar betul, nak jual orang ke? lain macam sangat jalan ni! bagitaulah nak buat apa dekat sini"

"haha jom jelah..ishh banyak songeh.."

Cehhh jalan punya jalan, tengok orang beratur panjang. Cakaplah nak bawak makan tadi. kalau tak memang lajulah aku terus belari sampai depan. Suka tau asbeng aku ni nak ngenakan aku yang super kudus. Sobs.


Simple Giveaway by MISSEZZATIE

Assalamualaikum..


Jom try ye. All the best!

Kristina Pimenova - Kecik kecik dah lawa! Sila insecure

Assalamualaikum..


Mesti ramai dah pernah tengok kan dia ni. Nama dia Kristina Pimenova. Si Pimenova ni dah bukan kita kena puji comel dah, tapi dah kategori cantik..sangat pulak tu. Tiap hari duk scroll instag dia sambil kagum sendiri. Ish ish ish. Baru nak masuk sepuluh tahun dia ni tapi muka memang nampak matang. 

Lagi pun dia ni dah jadi model sejak umur 4 tahun lagi. So pada umur 9 tahun dia dah pandai catwalk dipentas peragaan. Haa kau mampu? Antaranya yang ambil dia ni jadi model adalah Armani Junior,


Sebenarnya yang paling aku adore adalah mata dia, Subhanallah cantik sangat. Kotlah nanti pregnant semula terkenan ke anak sendiri ke kan. Mampu verangan je lah. Sobs T_T

Pancake sedap amatur ala Ema Hasan

Assalamualaikum..

Esok jumaat dah pening fikir seminggu punya breakfast kecuali isnin khamis. Nak tau kenapa isnin khamis meh la tengok sini. Kalau buat breakfast kan sia-sia je. Tapi tiba-tiba dapat idea nak masak breakfast apa untuk asbeng esok.

So dengan muafakat membawa berkat cacing-cacing dalam perut aku ni, sebulat suara mengatakan nak buat pancake je esok pagi. Sebabnya bahan-bahan dia paling ringkas. Macam dalam entry yang lepas-lepas aku ada cakap yang aku ni sebenarnya tak pernah masak dan tak pernah masuk dapur sebelum kahwin. Nama pun anak bongsu, so termengada lebih.

Tapi alhamdulillah lepas kahwin bolehlah masak sikit-sikit. Asbeng pun suka dengan skill masakan 'google di hujung jari' aku ni dan kebanyakannya call mak mintak resepi. hehe. Nak tengok hasilnya seorang amatur buat pancake? Ni last week punya yang gambar dah perap dalam phone. Nasib tak jadi pancake masin. Hehe. Nilah hasilnya Jeng jeng jeng

Makan dengan peanut butter pun sodap nih

Pandangan atas (eh! ingat plan ke apa?)
Haha nak tahu sebab apa bejalur sakan mengalahkan rainbow cookies lagi tu. Sebabnya aku guna pemanggang ajaib je. Saja seronok-seronok nak buat corak bagai pulak. Mesti kau orang kata aku kekonon kreatif kan? Well~ haha


Eh lupa nak kasi resepi!



Bahan-bahannya:
(2 - 3 orang makan)

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu fresh milk/low fat
1 biji telur
1 sk baking powder
1 1/2 sb gula
2 sb minyak jagung / majerin


Cara-caranya:

1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Pastikan tiada tepung yg berketul-ketul.

2. Panaskan non-stick pan, then tuangkan satu senduk kecik bancuhan tepung tadi ke dalam kuali. Biarkan seketika.

3. Bila pancake tu nampak berbuih2 sikit, terbalikkan pancake.

4. Biar seketika dalam 1 minit kemudian dan warna dah berubah agak-agak warna coklat, bolehlah angkat dan hidang! 



Boleh dihidang dengan nutella, honey, jem dan sebagainya ikut selera perut dan tekak kau orang lah kan. Ala tahulah ramai antara kau orang yang dah tahu buat pancake, jangan sinis okay..ehem. Sobs amatur sangat aku ni. Aku harap kau orang boleh jadikan sebagai idea nak masak apa pagi nanti. Okaylah nak tidur. "Krooh krooh krohh". Adious amigos! >.< 

18.12.14

Comeynya kitten ni semua!

Assalamualaikum..

Siapa suka anak kucing? Ke ada yang langsung tak suka? Tambahan yang comel-comel dan gebu-gebu. Please tolong suka okay. Haha. Terubat hati yang lara tengok anak kucing comel ni. Geram betul. Dapat sekor pun dah bahagia rasanya. 



Okaylah saja nak share kecomelan dia orang ni je (orang? sah sah bahasa melayu fail). Geramnya rasa nak gigit. Grrrrr~


Jom buat tomyam!

Assalamualaikum..

Disebabkan beberapa hari lepas asyik hujan je, teringin betul nak makan benda panas-panas dan pedas. Maka terlintas dekat hati ni nak makan tomyam. Nak keluar pulak rasa macam malas je, so decidelah nak buat sendiri. Cek barang-barang nak buat tomyam ni pun semua cukup. Apalagi mulalah aktiviti 'tung tang tung tang' kat dapur. Lauknya ada sotong ngan ayam je, okaylah kan.


Maka terhasillah sekuali tomyam pekat dan terbaik.

Tak sempat nak capture yang dalam bowl sebab laju je dah kena serbu. Bau dia memang buat kita lapar. Macam-macam resepi aku dah try nak buat tomyam ni, Tapi yang ni paling aku suka. Tak ingat ambil mana sebab dah lama copy dan simpan dalam laptop. Jom tengok resepi.


Bahan Kisar :
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Lengkuas
Daun Limau Purut
Cili kering yang dicelur

Bahan lain:
Lauk mentah : ayam, udang, sotong, fishball dan lain-lain
Perencah tomyam 
Pes Cili Thai
Daun limau purut - dikoyak untuk mengeluarkan bau
Serai - diketuk
Cilipadi - diketuk (nak pedas letak banyak-banyak)
Air asam jawa
Air untuk kuah
Susu cair / santan cair
Bahan perasa
Minyak masak untuk menumis


Cara-cara :
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan air dan dibiarkan mendidih.
Masukkan serai, cilipadi, daun limau purut, perencah tomyam, pes cili, air asam jawa dan serbuk perasa
Akhir sekali masukkan susu cair, didihkan sekejap je terus tutup api.
Taburkan daun ketumbar dan tomato (optional)

Sukatan pandai-pandai kau oranglah nak agak-agak banyak mana kau orang nak masak. Resepi aku rasa lebih kurang sama je dengan resepi lain, cuma yang ni ada tambahan susu cair/santan dan pes cili thai yang bertindak memekatkan tomyam kita. Sedapnyaaa (eh terpuji pulak).. Tapi asbeng memang puji sedap dan cakap tak payah pergi kedai siam dah. Hahah kembang. 

Alkisah katak dan anjing

Assalamualaikum..

Dah macam penceritaan kanak-kanak pulak tajuk entri ni. Bukannya apa dikala nak tidur semalam, teringat pulak nak update pasal ni. Nak bangun update tengah malam nanti asbeng mengamuk pulakkan. Sebab asbeng aku jenis tidur awal so aku sebagai wife yang baik lagi kudus ni haruslah kena tidur jugak. 

Kisahnya bermula disebuah rumah ketika hujan renyai-renyai berterusan selama beberapa hari..ecewah. Halaman rumah tersebut dipenuhi dengan kepelbagaian tumbuhan untuk memudahkan tuan rumah memasak. Antaranya ialah serai, pokok daun kari, kunyit, lengkuas, pandan dan sebagainya. 

Amboi annoying sangat muka katak ni tau.

Jadi tempat tersebut merupakan kediaman feberet geng-geng sang katak. Memandangkan pulak sekarang ni musim hujan tiap malam geng katak buat siaran tayangan suara siapa yang paling lantang untuk meraikan hujan yang berterusan. Jadi setiap malamlah tuan rumah terpaksa bertabah hati nak tidur dengan pelbagai version of bunyi katak jantan, betina dan pondan (errr maaf kata). Terasa macam semangat kedesaan sangat setiap kali hendak tidur. Kalau nak diikuatkan hati, nak je tuan rumah tebas habis semua pokok-pokok kediaman geng katak tersebut. Memekak oi. 

Belum lagi masuk perihal geng anjing yang tiap-tiap malam buat koir sendu (seperti nampak sesuatu) depan rumah aku. Kalau bukan depan rumah pun, berdekatan rumah aku. Entah apalah nak disyahdukan setiap malam anjing oi. Nampak apa sebenarnya kau orang semua ni kan? 



Maka setiap malamlah tuan rumah terpaksa tidur bertemankan pancaragam free dari geng katak dan geng anjing. Uwaaaa ngantuk aku kot. Eh rumah aku ke rupanya (?)




Puasa Sunat Isnin dan Khamis

Assalamualaikum..

Kejap je rasanya cycle hari kalau diikutkan, harini dah khamis. Rasa baru je Isnin berlalu. Ni dah nak masuk hujung minggu balik. Alhamdulillah asbeng aku pun memandang serius soal puasa sunat isnin khamis ni, so dalam masa yang sama aku sebagai isteri pun turut terikut. Memandang hari ni hari khamis, so jom kita bercakap pasal puasa sunat isnin dan khamis.





Antara kelebihan puasa sunat isnin dan khamis


Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah SAW amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi) 

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi). 

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah SAW tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: "Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut “Hari Maulid al-Rasul” dan “Malam Nuzul al-Qur’an” dengan penuh kesyukuran. 

Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah SAW mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi) 

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah SAW bersabda bermaksud:"Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah SWT membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka" (Riwayat al-Tabrani) 

Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)


Kenapa mesti isnin dan khamis, bukannya hari lain (?)


Pada hari Isnin , wahyu pertama di turunkan kepada Rasulullah SAW. Bermula dari hari itu Rasulullah SAW terus menerima wahyu hingga sempurna al-Quran untuk panduan kepada kehidupan kita dunia dan akhirat. 

Pada hari Isnin terdapat 7 peristiwa penting iaitu: 

1. Nabi Idris, as. telah naik ke langit pada hari Isnin 
2. Nabi Musa, as. telah pergi ke bukit Thursina pada hari Isnin untuk menerima wahyu 
3. Turunnya Dalil tentang keEsaan Allah SWT 
4. Lahirnya Rasulullah Muhammad SAW 
5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya bertemu Rasulullah SAW 
6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada Rasaulullah SAW pada hari Isnin 
7. Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad SAW 

Dan juga antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah Islam adalah: 

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir. 
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya. (pada masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal). 
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui. 
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah SWT. 
6. Rasululllah SAW memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah.

Jadi dah tahukan banyak fadhilatnya kalau kita berpuasa sunat untuk kedua-kedua harini. Nak dijadikan amalan berterusan pun, lagi baik. Semoga dipermudahkan ALLAH SWT jalan kita dalam memperbanyakkan amalan :)