15.12.14

Hamil semula selepas keguguran (?)

Assalamualaikum..

Ecewah..tengok title atas macam dah hamil lagi je kan. Actually belum dikurniakan rezeki lagi, takde good news lagi nak share. Hopefully soon adalah kan..hehe. Lagipun tak sampai sebulan lagi keguguran haritu kan. Tapi aku masih mencari info tempoh terbaik untuk hamil semula selepas Keguguran Di Awal Kehamilan

Alhamdulillah masa aku gugur tu aku doc dah scan dan pastikan kes aku ni adalah 'complete abortion', so tak payah kena D&C (dilation & curettage) maksudnya cuci rahim. Takut masih ada saki baki janin yang tak keluar, dan kalau dibiarkan boleh memudaratkan ibu tersebut.

So berdasarkan carian info yang aku dapat, tempoh terbaik untuk hamil lagi adalah 3 bulan selepas keguguran (3 kali kitaran periodlah masksudnya). Tapi kalau ikut saranan sesetengah doc mereka akan suruh kita mula planning untuk hamil 6 bulan selepas keguguran. Kenapa 6 bulan kan? Sebab nak bagi masa rahim kita  kuat semula dan sembuh sepenuhnya.

Tapi hal ni bergantung kepada individu itu sendiri jugak. Berdasarkan pembacaan aku, ada jugak yang a month after keguguran diorang dah mengandung balik. Dan ada jugak tak sampai sebulan pun.  Kebanyakannya melibatkan keguguran bawah 12 week dan yang tidak memerlukan D&C lah. Sebab kalau kita kena D&C memang kena berpantang dengan husband minimum pun sebulan. So nak pregnant macamana kan if takde aktiviti ehem ehem tu. 

Sebenarnya kalau kita rasa badan dah okay, dah rasa kuat takde masalah rasanya nak TTS (Trying to concieve) again kan? Lagipun masa keguguran tu doc mesti ada bagitahu kita ni ada penyakit ke atau apa-apa ke kan, so kalau dia kata kita normal takde masalah nak hamil, so apa tunggu lagi kan ;)

Doa untuk mendapat zuriat yang soleh

Sama-samalah kita berdoa semoga Allah SWT mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan dapat meramaikan umat Nabi Muhammad SAW. Amin Ya Rabbal Alamin.


2 comments:

  1. insyallah ade rezeki tak kemana.. doa banyak2.. mintak banyak2 ngan Allah..the best :) wish u all

    ReplyDelete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.

    ReplyDelete