3.1.15

Jom squat jom!



Assalamualaikum..

Hai gegadis, kekakak dan adik-adik sekalian. Menatang apa pulaklah squat tu kan. Maybe ramai yang tahu dan biasa buat. Siapa yang tak biasa buat tu, rugilah. Taknak ke bontot dan peha yang mantap lagi ummphh!

Haa macam iklan tak senonoh pulak. Haha. Takdelah berbalik pada tajuk tu nak ajak kau orang semua bersenam je pun. Pekehal nak exercise memalam macamni pulak? Buang tabiat ke dak shima ni (?) Eh bukanlah aku suruh sekarang, buatlah bila masa kau nak, bila masa kau free.

Aku ni rajin jugak buat sejak zaman anak dara lagi, so boleh nampaklah perubahannya. Selulit and the gang pun makin berkurang. Aku ni kecik-kecik debab dengan lemak berlonggok, sebab tu dah besar berselulit bagai. Tapi dia tertumpu dekat satu part je lah. Part apa? Part yang di'censored' diatas. Hihi. 

Tapi nak buat pun kenalah konsisten. Ni kalau esok buat lusa tak buat..tahun depan sambung lagi kau slim dalam mimpi jelah. Lepastu verangan lah teringin nak ada bontot dan peha mantap sambil duk menggagau google gambar Kim Kardashian sambil terbeliak.


Haa macamana nak buat? Lebih kurang macamnilah senang. Macam gambar kat bawah ni. Kalau aku share video karang kata share saham dosa pulak. Sebab banyak nau yang sexy maxy. Cari sendiri ye ;p



Credit to DietBuddies

Nak nampak lebih berkesan ikutlah cabaran 30 hari kat atas ni. Tapi kalau tak larat jangan paksa, nanti siksa. Sebab aku dah pernah kena terlalu paksa, maka tempanglah dua hari. Huahua.





Okaylah nak layan drama pulak sambil minum susu asbeng buat. Lately ni rajin minum susu laki bini ni..nak sihat katanya kan. Sedapnya susu. Yumms!





4 comments:

  1. Replies
    1. Kena konsisten..memang nampak perubahannya..hehe

      Delete
  2. bagus... boleh saya buat. tgh berazam nk kurangkn lemak n selulit kt tmpat tu..hehe... jemput baca new entry saya berkenaan kenapa wanita lemak kt perut n peha banyak http://zinziemeewah.blogspot.com/2015/03/lemak-oh-lemak-kenapa-perut-dan-peha.html

    zinziemeewah

    ReplyDelete