20.1.15

Kisah aku dan kain batik


Assalamualaikum..

Sebelum tu jom tengok promosi terbaru di SiniSini dan Sini.


Dah apahal pulak nak cerita pasal kain batik malam-malam macam ni kan. Tapi dah teringat, so aku share lah sikit story aku dan kain batik ni. Ni kisah awal-awal kahwin dulu la ceritanya. Kalau tengok dekat wedding ticker dekat belah kiri blog ni, baru nak menjejak usia 6 bulan dah perkahwinan aku. Pengantin baru lagi lah ni. Haha.


Okay back to kain batik punya hal. Bagi sesetengah orang, kain batik tu perkara biasa dilihat dan dipakai sejak anak dara lagi. Tapi pada aku pulak kain batik tu hanya biasa dilihat apabila mak yang pakai. Aku anak bongsu dari 6 adik beradik. Lagi dua orang kakak aku pun, aku tak pernah tengok dia orang pakai kain batik. Lagipun selalu berfikiran "takkanlah aku nak pakai kain batik, pakai seluar lagi selesa kot".

Jadi berbekalkan dengan pemikiran itu, aku pun dah selamat kahwin dan bergelar seorang isteri. Asbeng aku ni nampak macam modern, macam tak peduli je setakat tak pakai kain batik ni..takkan itu pun nak jadi hal kan. 

TETAPI..salah percaturan rupanya aku ni ye. Lepas je kahwin boleh dikatakan setiap masa tanya, eh kenapa tak pakai kain batik. Sampai honeymoon pun itu je soklan kau ye bang. Tukarlah soklan mana La Senza ke apa..haha. Sampai kadang rasa nak marah pulak tau. Aku dahlah suka duduk rumah pakai legging je, dari zaman kanak-kanak sampailah dewasa dan jadi student. Kalau masa student, kain batik tu aku lilit macam pakai towel je. Huhuhu. Ni bila dah kahwin, suami aku asyik tanya pasal kain batik. 

Mula-mula tu macam blur jugakkan, apahal dengan kain batik ni. Aku pun tanyalah terus dekat asbeng kenapa asyik suruh pakai kain batik ni. Apahal? Why? *Dushh! kena flying kick dengan asbeng* Eh tipu je, suami aku sopan orangnya..hehe. 

Dia pun jawab kalau perempuan berkain batik, nampak ayu dan lembut je dipandangan mata. Time tu rasa nak ketawa jugak, tapi cover line. Bukan sebab apa aku membesar dengan abang-abang. kakak aku pulak jenis duduk hostel. So aku ni memang agak kasar sikit, macamana nak ayu-ayu seperti ayu raudhah. Tapi bila isteri impian asbeng aku adalah wanita yang suka berkain batik. Haruslah terkedu sekejap.

Tapi memikirkan nak jadi isteri solehah dan cuba nak kagumkan suami, gigih aku whatsapp kawan-kawan, google pulak lagi macamana nak pakai kain batik. Ishh malu sebenarnya ni dah terbongkar rahsia. Ada ke orang google cara pakai kain batik? Aku lah tu. Siap tengok steps bergambar lagi. Nak tanya mak, malu pulak. Nanti mak cerita dekat adik beradik lain, malu besar oi. Aku adik bongsu yang diingati sebagai tomboy tak jadi -_-'

Tips paling aku ingat dari kawan-kawan aku ialah, bila pakai kain batik yang hujung lilitan tu selit dekat panties dan satu lagi gulung-gulung sikit atas kain tu macam pakai kain pelekat. Hahaha. Memang aku cubalah pun, noob punya pasal. Satu lagi cara aku pakai klip rambut nak kepitkan hujung kain tu. Kalau terbukak, kan malu. Jatuhlah ego selama ni yang cuba dipamerkan pada asbeng yang macam, "alaa kain batik? small matter lah". Itupun bahagian bawah kain, kadang-kadang meleret keluar yang part lipatan dalam tu. Hukhuk.

Aku pakai kain batik masa tu, legging mesti ada dekat dalam. Sebab rasa pelik je kalau pakai kain batik tu je. Satu lagi mestilah atas sebab-sebab keselamatan. Kot masa keluar sapu-sapu laman kain terlucut ke. Ish ish ishhh pengsan jiran sebelah.

Bila dah nak masuk 3 bulan baru boleh pakai kain dengan kemas dan selesa. Takdelah ada legging dekat dalam macam awal-awal tu. Asbeng pun kata, "bagus isteri abang". *sambil tepuk-tepuk bahu..belanja pandora* Eh takdelah berangan je tu. So moral of the story jangan pandang laki sebelah mata ye. Dalam banyak-banyak permintaan, nak isteri yang berkain batik jugak. Hukhukhuk.


4 comments:

  1. hehehe. i feel u sis. Nak ikat kain batik pun ikat sebarang lagi ni.

    ReplyDelete
  2. samalah dengan nad..jarang apkai kain batik..pakai pun time period..ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kenapa time period je pakai? Sy time period lagi rimas nak pakai kain batik..huhu

      Delete