2.2.15

Bangunan bersejarah Kellie's castle


Assalamualaikum..

Meh terjah SINI dulu!


Semalam sempat jugak menyinggah ke Kellie's Castle ni. Seingat aku last pergi sini 5 tahun lepas. Sekarang kalau nak masuk, bayaran dikenakan ialah RM5 seorang. Parking pun berbayar jugak. Tapi tak pasti berapa sebab aku parking pagar kedua so dekat situ free je. Hehe.

Okaylah sebab dalam tu dah semakin bersih dan terjaga daripada last time aku pergi. Setiap bilik dan tapak akan ada penerangan tentang siapa penghuninya dan tak terlepas jugak kisah seram yang selalu terjadi disekitar istana tu. So kau orang bolehlah tahu serba sedikit sejarah bangunan ni.

Kebanyakan bilik bawah tanah dan bilik yang gelap-gelap aku tak berani nak masuk, sebab agak scary hehe. Lagipun aku ni memang jenis takut gelap. Tambahan pulak ada penerangan di beberapa bilik yang mengatakan ada pengunjung yang pernah terserempak dengan roh penghuni bilik-bilik tersebut berkeliaran. Tak takut lagi kata engko? 





Semua tempat nak posing

Bagi yang bawak anak, tidak dinasihatkan naik kebahagian atas ni. Bahaya sebab takde penghadang selain rantai tu.

Antara saki baki runtuhan istana

Tapak yang sepatutnya dijadikan gelanggang tennis dan ruang untuk mengadakan majlis sosial.

Sebelah tu sepatutnya menjadi lift pertama di Malaya ketika itu, tapi tidak sempat disiapkan.
Dah lama tak pergi, best jugaklah datang sini dengan kawan-kawan. Cuma penat mendaki tangga turun naik dari tingkat ke tingkat. Tangga dia pun memang curam dan kecik-kecik je muat untuk seorang.

Ohh bagi yang tak pernah pergi atau tak pernah tahu dimana Kellie's Castle ni, bolehlah berkunjung ke Batu Gajah, Perak untuk mengetahui sejarah tentang istana ni :)


8 comments:

  1. singgah sini .. jom GA niii .. hadiah berharga RM500 !

    http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/02/giveaway-by-ekinrazalli-worth-rm500-to.html

    ReplyDelete
  2. 1st time dgr Kellie Castle...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang luar banyak yang tak tahu..hehe

      Delete
  3. sellu turun perak,tak pernah singgah sini bertapa kak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trylah pergi..tapi dekat sini view dialah cantik..hehe

      Delete
  4. wahh... seronoknyer.. akak lum pernah sampai lg kt sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugaklah datang sini kak..boleh tahu serba sedikit sejarah lama..hehe

      Delete